Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 155 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

151  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0595.
Dari 'Urwah bin Zubair r.a., katanya 'Aisyah isteri Rasulullah saw. bercerita: "Pada suatu malam Rasulullah saw. mengundur solat Isyak sampai jauh malam, sehingga dikatakan orang solat tengah malam. Rasulullah belum juga keluar, sehingga 'Umar bin Khaththab berkata: "Para wanita dan anak-anak sudah tidur." Maka barulah beliau keluar. Setelah keluar, beliau bersabda kepada jemaah dalam masjid, "Tiada seorang pun penduduk bumi yang menunggu-nunggu waktu solat selain anda sekalian." Peristiwa itu terjadi sebelum Islam tersiar luas.

152  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2123.
Dari Jabir r .a. katanya: "Ummu Malik pernah memberikan minyak samin kepada Nabi saw. dalam sebuah bejana. Kemudian anak-anak Ummu Malik datang minta makan, tetapi dia tidak punya ikan atau sambal apa-apa. Lalu dia teringat tempat minyak samin yang diberikannya kepada Nabi saw. Didapatinya di situ masih ada minyak seperti semula. Ummu Malik selalu membuat sambal dengan minyak itu di rumahnya setiap hari. Setelah tempat minyak itu dibersihkannya, dia datang kepada Nabi saw., maka bertanya beliau, "Engkau habiskan minyak itu?" Jawab Ummu Malik, "Ya." Sabda beliau, "Andaikata engkau tinggalkan sedikit, tentu masih dapat engkau pergunakan seterusnya."

153  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1641.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Nabi Sulaiman bin Daud a.s., berkata: "Aku akan menggilir tujuh puluh orang isteri ku malam ini, di mana masing-masing mereka akan melahirkan seorang anak lelaki untuk berperang fi sabilillah. Sahabatnya (malaikat) menyarankan kepadanya, "Ucapkanlah Insya Allah!" Tetapi Nabi Sulaiman a.s. lupa mengucapkannya. Ternyata tidak seorang pun isteri beliau yang melahirkan, kecuali hanya seorang yang melahirkan setengah anak lelaki. Maka bersabda Rasulullah saw., "Seandainya Nabi Sulaiman a.s. mengucapkan 'Insya Allah!, tentu dia tidak akan melanggar sumpah, dan apa yang dihajatkannya mungkin terkabul."

154  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2013.
Dari Asma' (binti Abu Bakar Shiddiq) r.a. katanya: "Ketika dia mengandung anaknya 'Abdullah bia Zubair, dia masih berada di Mekah. Kemudian dia hijrah ke Madinah, padahal dia sudah hamil tua. Sesampainya di Quba' dia melahirkan. Lalu dia membawa anaknya kepada Rasulullah dan meletakkannya di pangkuan beliau. Rasulullah meminta kurma sebuah lalu dikunyahnya. Sesudah itu, disuapkannya ke mulut bayi tersebut. Itulah makanan yang pertama-tama masuk ke mulut bayi itu, kurma yang telah bercampur dengan air ludah beliau. Kemudian Nabi saw. mendoakan berkat baginya. Itulah bayi yang pertama-tama lahir dalam Islam."

155  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0952.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Abu Thalhah adalah orang Ansar terkaya di Madinah. Dan harta yang paling disukainya ialah sebuah taman yang dinamainya 'Bairaha' yang letaknya berhadapan dengan masjid. Rasulullah saw. pernah masuk ke dalam taman itu dan meminum air yang terdapat di dalamnya, yang ternyata manis. Kata Anas selanjutnya, "Ketika turun ayat: "Sekali-kali kamu tidak dapat mencapai kebajikan (yang sempurna), sehingga kamu nafkahkan sebahagian harta mu yang kamu cintai (Al Imran : 92). Maka Abu Thalhah pergi menemui Rasulullah saw. seraya berkata: "Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam KitabNya: Sekali-kali kamu tidak dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu nafkahkan sebahagian harta mu yang kamu cintai. Maka hartaku yang paling ku cintai ialah 'Taman Bairaha'. Mulai saat ini taman itu aku sedekahkan kerana Allah, di mana aku mengharapkan pahala dan tabungan di sisi Allah. Kerana itu manfaatkanlah taman itu sesuai dengan kepentingan anda, ya Rasulullah." Sabda RasuluUah saw., "Wah! Harta yang sangat menguntungkan. Harta yang betul-betul menguntungkan. Aku telah mendengar apa yang kamu ucapkan mengenai harta itu. Namun aku berpendapat, sebaiknyalah taman itu kamu bagi-bagikan kepada keluargamu yang terdekat." Lalu Abu Thalhah membahagi-bahagikan tamannya itu kepada keluarga-keluarganya yang dekat, termasuk anak-anak pakciknya."